Ikatan ini masih longgar  

Posted in

Pukul 4.35am bukanlah masa yang sesuai untuk menulis entri kecuali ianya bulan yang diperlukan untuk bersahur. Nak menaip pun kena mnegaj mengeja satu-satu huruf. Cucuh sebat intense yang kotaknya simpan dalam vest kot-kot leh lagi fokus & membuak idea. Saja tak letak atas meja nanti laju je nak ke 7e.


Bila berbicara hati ke hati berlaga bantal dengan sa udara Raof di Tanjung Api tempoh hari, aku secara automatis terasa malu alah. Betapa ketinggalan berbanding beliau. Dok gah dengan sorang yang terpuji padahal lagi ramai yang tercela rupanya. Statistik 0% graduan berjaya menjentik otak kiri & kananku. Mana pergi, ke mana mereka. Apabila fizikal tidak selari mental, rohani ketinggalan di belakang jasmani. Lahir robot otak udang bukan pemikir berfaham pejuang.

Timbul kesedaran dalam diri mungkin ikatan itu berlapikkan tisu semata. Bersifat retorik ia tak kemana. Kepompong asobiyah ternyata utuh membelenggu. Engkau engkau, aku aku. Telunjuk 1 ke depan 4 lagi mengarah pada diri. Bukan silap mereka salahku sendiri. Mana datang cinta tanpa tahu apa-apa. Sekadar melepas batuk di tangga. Cukup mengikut jadual yang ada. Mimpi yang indah rupanya igauan bertimpa-timpa. Bila ia longgar tak terasa jika yang lain mulai menyimpang. Tak apa, tiada kesan pada indera. Biarlah mereka nak pergi mana. 

Sering saja kelu untuk bermula. Gagal mengesan di mana punca. Yang benar kosong di dada. Penuh sawang berhabuk sahaja. Mula luah kosong semata. Tidak sesuai untuk dicerna. Bukan candu sebagaimana dipinta. Maha pengampun Kau izinkanku pulih semula. 


This entry was posted on 2008/10/23 at Thursday, October 23, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

6 ppl left their mark

mak aii...tak paham den...tinggi bebeno bahasa ni...:D

moga tercapai apa dihajati!

October 23, 2008 at 6:52 AM

tinggi jika direnung dari bawah

October 23, 2008 at 1:08 PM

..sebab nak berkata pun Dia yang bagi. mungkin tak terkata itu baik untuk masa itu..


ei.. entah la, kadang terasa diri ni retorik semata.

October 24, 2008 at 5:46 PM

bukankah yg baik itu dr Dia, yg x itu dr kita?...mmg la semuanya dr Dia tp xnak jdkan alasan utk tutup kelemahan diri

October 25, 2008 at 10:06 AM
Anonymous  

bila la nak sampai atas ni..bru leh paham

October 28, 2008 at 5:01 PM

syami~just keep on moving,ini bkn acara 100 meter...berdikit2lah janji bergerak

October 28, 2008 at 5:10 PM

Post a Comment