Alhamdu Lillah kebetulan dengan posting ke-81 di blog ini aku membuat satu topik didedikasikan khas buat adindaku-Mohd Irfain. Hari lahir beliau memang jatuh pada hari ini pada tahun '81. Jadi tuan-tuan, puan-puan, sa udara & saudari sekalian, maka tepat pada pkl 11.15 pagi tadi maka secara rasminya;
1) Mohd Irfain(Angah) & Dr. Nurhanani sah bergelar suami isteri.
2) Ibu & Ayah aku menerima menantu pertama.
3) Keluarga Kassim juga turut menerima menantu wanita pertama.
4) Aku dapat seorang adik ipar.
5) Angah sekali lagi "menang"(kami kan sentiasa bersaing)
Syukur ke hadrat Ilahi majlis ijab kabul tadi berjalan lancar. Bermula di PAID Lipis dengan upacara akad nikah (baca nikah orang sini panggil) kemudian sedikit jamuan di rumah pengantin perempuan. Tuan kadi pun sempoi. Mudah kira. Lafaz ijab & kabul pun cukup senang. Aku tau ada tempat yang siap bermacam syarat contohnya kena sebut nama penuh pengantin perempuan la dsb. Angah dinikahkan oleh bapa mertuanya sendiri. Selamat dah engko ek. Tunggu aku je la. Harap-harap plan Mak Abah nak buat kenduri kita sekali pada bulan Disember ni berjalan lancar. Semoga bakal mertua aku pun sama sempoi macam mertua ko.
Maka dengan ini diisytiharkan kedua mereka ini sah bergelar suami isteri. Semoga dengan penyatuan 2 hati ini akan dapat memberi kebahagiaan selamanya. Amin...
Oklah, Mak aku dah panggil. Nak gi Kuantan lak jap lagi. Ada majlis solat hajat sempena PMR di sekolah adik bongsu kami, Ijat. Ok guys, harap maklum ek.