Selamat menempuh dugaan dunia  

Posted

Good luck menjadi kata-kata yang lazim diucap ketika hujung-hujung sem ni. Dugaan yang pasti kena ditempuhi sebagai penanda aras pencapaian. Boleh aje belajar tanpa diuji *heaven* tapi macam mana kita nak tau setakat mana yang kita dah usaha sekian semester. Nanti korang perasan bagus lak, macam dah tahu segala.


Jadi, final xm yang bakal menjelma adalah satu medan menguji sejauh mana korang dapat menzahirkan kembali apa yang telah dispoonfeed oleh guru-guru. Dah begitu cara pembelajaran disini. Maka janganlah sekadar menelan tanpa berlatih untuk meluah kembali kerana meluah itu juga 1 kemahiran. 

Bukan senang nak lenang. Aku doakan semua korang akan jadi orang gedang. Baru le mudah sebab batu dah kat atas bukit. Andaikan sekarang korang sedang berusaha untuk menolak batu itu ke atas. Nama pun ujian, birat tu lumrah. Susah dahulu pendapatan, susah kemudian siapa suruh tak study smart betul-betul. 

Bergerak ke medan juang dengan yakin. Mintak kat dia semoga selamat masa perjalanan, masa berjuang & masa balik. Selalu ingat kat 3 insan terpenting dalam hidup kita lebih-lebih lagi bila blank untuk fill in the blank. Soalan itu memang direka untuk dikelirukan. Berkehendak pula jawapan yang paling tepat. Apa-apa mintak je kat Dia sebab Dia yang maha tahu. Markah tu memang nak bagi kat korang jadi jangan bagi siapa-siapa pun rampas ataupun yang lebih tragis korang sendiri yang tak mahu ambik markah tu.

Akhir kata, *wah,mcm tulis surat lak* selamat menempuh peperiksaan akhir bagi adik-adik kat Jengka,  Shah Alam, UUM, Uniten Muadzam, UMP, POLISAS, KPTM Kuantan dan lain-lain lagi. Juga buat sesiapa yang bakal menduduki ujian lain seperti ujian memandu, PTD, interview kerja dsb. Aku tahu korang boleh buat punyalah. Tinggal nak atau tak je.

Pesan Guru: "Belajaq kat U ni bukan payah pun, semua yang dia tanya tu ada dalam buku"

This entry was posted on 2008/10/27 at Monday, October 27, 2008 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

4 ppl left their mark

memang la ade dalam buku...
buku bermuka surat sampai 300 helai
kalo baling kat anjing pun bleh cacat

hahak..

tak gituw!!

GOOD LUCK kat bebudak yang terpakse mentelaah + mensiapkan assignment!!

yahuuu aku dah tak payah belajaaaa..

October 30, 2008 at 2:20 AM

bukan nak kena baca semua berulang kali kalo paham konsep...at least ada boundaries...sempat je mentelaah utk 1 sem

October 30, 2008 at 2:34 AM

oo ye la kan. musim exam ni. SPM pun sm. wahh gud luck kpd adik2 sekalian.

October 30, 2008 at 8:13 PM
Anonymous  

huhu...isk..isk

October 31, 2008 at 9:32 PM

Post a Comment