Jap lagi nak gerak ke Jka untuk sesi siang terakhir. Malamnya dirancang akan bergerak beramai-ramai sekali ke BM. Matlamat utama untuk transformasi pada pukul 3 petang esok. Sepeninggalan aku:
Jarang-jarang jumpa orang macam semalam. Kalah David Blaine. Setakat yang di depan mata pun dah cukup mempesona apatah lagi yang beribu batu jauhnya. Patut pun turut menjadi pilihan ayahanda. Memang benar bagai dikata namun mengalaminya sendiri lebih bermakna. Lain kali memang tak boleh berteman mereka yang jauh tara. Nanti lain jadinya. Dalam masa 2 minggu ni sekurangnya 7 kali baru jumpa jalan kata beliau. Ya Tuhan permudahkan urusan & terima kasih kerana dipertunjukkan kekuasaan Mu.
Dah 5 hari sejak posting terakhir. Tiada bahan? Berlambak, merata pergi dalam 5 hari ni. Sampai melangkau sempadan. Tiada masa? Abg Man kata kita memang takde masa free kecuali kita sendiri memfreekannya. Nantilah. Sebenarnya pale (pale ye bukan pali al-azazil) ni kena di defrag. Bercampur aduk info, macam-macam nak kena fikir untuk diselesaikan. Jadi mintak sangat kat korang. Kalau tidak mahu tolong menolak aku keluar dari bakul ini hatta menyorak aku dari bawah, tolong la jangan gi tarik pulak kaki aku. Bila aku dah sampai atas bukannya aku nak blah terus, nanti aku tarik la sorang demi sorang. Sorang-sorang je? Ye la, dah aku sorang kat atas. Bagi ramai-ramai sampai atas, maka cepat la yang dapat naik.
Gile sivik tajuk entri kali ni. Dah ketandusan idea gayanya. Sebenarnya nak berterima kasih pada korang yang selalu tinggal komen kat blog aku ni. Boleh dikatakan kerna korang la aku masih menaip di kibod berhabuk ni. Walaupun topik tu kadang-kadang lebih pada luahan aku semata. Walaupun takde kena mengena pun dengan korang. Nak memilih subjek untuk dikembangkan menjadi artikel memang sukar, belum usaha menulis lagi. Berapa banyak artikel yang masih belum layak untuk ditekan kotak jingga. Penyudahnya, sekedar kotak biru je. Sebabnya aku cuba untuk memanfaatkan masa korang agar membaca apa yang terbaik dari ladang sawit abahku sahaja. Kadang-kadang timbul rasa malas lebih-lebih lagi bila disemak setakat sen sahaja. Hadoiyaii bukan senang nak senang. Tapi apabila membaca komen-komen yang ditinggalkan semangat aku pulih kembali. Terima kasih tidak terhingga atas sambutan korang pada blog yang baru tahap IKS ni. Kerana korang la aku masih menggagahkan diri untuk berkarya. Aku akan cuba membalas dengan mengomen blog korang pula. Akhir kata, majulah blog untuk kepentingan diri.
Sekarang ni bukan kat Gaza je perang, bukan kat Perak je kacau bilau. Di dunia maya ni pun sama. Masing-masing cuba untuk tidak kalah. Masing-masing menegakkan pendirian. Mana ada yang ingat diri sendiri salah, sebab tu tetap berkeras. Ego akhirnya membutakan mata, memekakkan telinga. Sampai lupa siapa yang sedang dikonfrontasi. Suka hati la.
Perabot baru sudah la sampai. Yang lama kena dikeluarkan untuk diganti yang baru. Aku ada masa kurang lebih 24 jam sebelum ke Jka esok untuk bergerak ke ipt numero uno di sini tatkala ini. Harap tiada lagi insiden merempit-laju-nak-mamp*s tapi bila sampai haram sekor pun xde lagi. Hadoi, banyak barang lama nak dirombak semula, barang-barang perlu dikategorikan. Mana yang elok lagi disimpan, mana yang dah x elok akan dibuang walau sebesar mana jasa barang itu pun. Sebab ruang yang kian sempit tidak memungkinkan untuk disimpan semuanya. Begitulah lumrah, sentiasa kita termanggu dengan kekangan.
Sifat semulajadi yang dikesan paling kemuncak sewaktu tingkatan 5 dahulu. Manifestasi dalam mengeksploitasi semangat membangkitkan semangat juang yang tinggi. Aku meletakkan diri dalam keadaan tertekan & alhamdu Lillah tekanan itu mencetuskan 1 tenaga positif yang membuatkan aku menyedari betapa bangsatnya apabila berada di kedudukan bawah orang lain seumpama orang itu memijak kepala aku. Kepala aku bukan untuk dipijak-pijak. Dilihat graf pencapaian PMR & SPM ternyata ada peningkatan yang ketara. Hasil usaha (atau tidak usaha) sewaktu menengah rendah menyaksikan kedudukan yang hampir-hampir tidak dibenarkan untuk meneruskan pengajian di tempat sama. Alhamdu Lillah 2 tahun selepas itu aku mampu terseyum lebar apabila dipanggil ke atas pentas untuk mengambil slip keputusan semasa kedudukan itu masih disebut berbanding rakan-rakan yang dipanggil secara pukal tanpa agregatnya diumumkan. Itu pun BM aku terpeleot sedikit, jika tidak harus aku beragregat "single digit". Sudah tentu masih ada kaki-kaki yang memijak kepalaku. Namun aku reda kerana kaki-kaki itu memang sesuai dapat memijak dengan usaha masing-masing. Padan la aku kena pijak lagi dengan usaha tak setanding mereka.
Azazil ni kata kat budak budak-budak yang dia nak turun tapi aku tak bagi sebab aku marah dia. Kah kah kah, geli ketiak aku mendengar perkhabaran itu. Budak-budak boleh la ko cong bongok. Konon nak mintak maaf tapi salah sendiri tak tau kat mana. Silap banyak la. Buat pengetahuan azazil (jika dia tau la blog aku & tau azazil tu sape), bukan takat aku je yang bengang, tak puas hati, rasa nak penerajang muka bertalam dua tu dsb. dengan dia. Ramai lagi la. Kecuali mereka yang turut sama bangang macam dia. Ada weh, jangan tak tau. Golongan Tenaga lak tuh. Bodo betul(dah la bo, perasan pandai lak tuh). Siap kesian lagi kat pengkhianat neh. You should do something fast Kep. This is no monkey business.
Itu managaer chelski dah kena pecat. Apa kata soltan bola buat satu benda yang bijak sikit kali ni. Kasi angkat itu FLS ganti Santhianathan. Biar pun kita tahu turun la jurulatih dari langit ke 7 pun tak kan naiknya bola Malaysia ni kecuali mereka yang memanipulasikan bola untuk kepentingan sendiri ditendang jauh-jauh. Sifirnya mudah;
Pening kepala memikirkan segala hal. Yang ni nak setel, yang tu nak setel. Waktu dah nak sampai. Mungkin antara kesibukan ini aku terlepas pandang. Nak diberikan sedikit ruang agar bisa bertindak ikut kemampuan, demi membuktikan kelebihan yang ada. Nampaknya tak menjadi. Terlalu perlahan proses. Dengarnya tiada yang mahu beserta membuat kebajikan. Almaklumlah, kerja yang tiada balasan materi. Sudahlah tu, kalau terjadi sesuatu cerca yang hinggap. Itupun kalau materi yang korang nampak. Jadi sebagaimana kata-kata biasa, "enough is enough". Biar dikejut dari mimpi yang lena. Apa jua yang terjadi malam ini aku pohon Dia akan senantiasa menetapkan niatku semata-mata untuk yang itu. Bukan atas dasar nafsu, bukan atas sebab bisikan amarah. Bismillah...
Baru tiba dari ibukota diambil oleh CMK lalu membawaku terus ke sebuah kedai makan yang agak eksklusif. Makanan ala barat ditawarkan dengan harga pun ikut matawang barat. Orang nak belanja layankan aje. Kang kufur nikmat lak. Mula-mula semangat nak habiskan salad tapi dengan kehadiran cebisan-cebisan lemon yang kuat betul masamnya membantutkan selera aku.
Tahniah kepada sa udara Atan & Ida bersempena kelahiran cahayamata sulung korang pada pukul 10 pagi tadi di Hospital Jengka. Berseri-seri wajah Tok & Tok Wan yang mendapat cucu sulung. Semoga dengan amanah yang diberi dapat menambah kebahagiaan rumahtangga. Cuti la dulu sementara baru sangat ni. Jangan cuti terus sudah.
Aku dah berkira-kira nak berhijrah ke England. Bukan sebab nak makin dekat dengan Old Trafford. Bukan juga sebab dah benci tahap gampang kat penyangak-penyangak. Kalo sebab tu makin bermaharajalela la diorang. Bosan gile tadi nak beli jeans takde saiz. Pinggang dah ok kaki lak singkat. Kaki ok peha lak macam nangka kena tapau. Aku bukan rajin benar bagi melayakkan diri untuk menempah pakaian di mana-mana tukang jahit berhampiran jua yang di Wisma Yakin. FOS jua tempat mengadu. Tapi kat mana je yang ada. Kat Britain mesti senang nak cari kain baju saiz aku kan. Jom, sape nak folo?
PENAFIAN
penegasan fakta
Makanan Jiwa
كات-كاتمو
ڤندڠله اكو.. اكو له دي
I serve Myself
Blog Archive
-
▼
2009
(96)
-
▼
February
(19)
- Off to BM
- Kagum aku di situ
- Blog terbiar
- Kata-kata semangat
- Siapa lupa siapa
- Propaganda Merah
- Musim perang
- Sebulan sebelum
- Hate of being no. 2
- Kad Jemputan-road to perfection
- Update:Permohonan mengundang penendang
- Luis Felipe Scolari jadi jurulatih Malaysia
- Bombardment
- Sure caj?
- Permohonan mengundang penendang
- Gerak Usahawan Nasional 2009
- Kaki sembang
- Cahayamata Atan & Ida
- Hijrah ke yang agung
-
▼
February
(19)
Sort by labels
- akademi nasyid
- auto
- candu
- cartoon i like
- cerita
- cerita dulu-dulu
- donlod
- ET
- gadjet
- gambar
- game
- good article
- jokes
- kata-kata
- kawin
- kiasan
- kontroversi
- kursus
- lagu
- legend
- lovin' it
- merepek
- missing person
- revival
- SEX(self expression)
- shorties
- special announcement
- surat terbuka
- tech
- ucapan
- united
- video yang aku suka
- xpdc
- xtvt