Hate of being no. 2  

Posted in

Sifat semulajadi yang dikesan paling kemuncak sewaktu tingkatan 5 dahulu. Manifestasi dalam mengeksploitasi semangat membangkitkan semangat juang yang tinggi. Aku meletakkan diri dalam keadaan tertekan & alhamdu Lillah tekanan itu mencetuskan 1 tenaga positif yang membuatkan aku menyedari betapa bangsatnya apabila berada di kedudukan bawah orang lain seumpama orang itu memijak kepala aku. Kepala aku bukan untuk dipijak-pijak. Dilihat graf pencapaian PMR & SPM ternyata ada peningkatan yang ketara. Hasil usaha (atau tidak usaha) sewaktu menengah rendah menyaksikan kedudukan yang hampir-hampir tidak dibenarkan untuk meneruskan pengajian di tempat sama. Alhamdu Lillah 2 tahun selepas itu aku mampu terseyum lebar apabila dipanggil ke atas pentas untuk mengambil slip keputusan semasa kedudukan itu masih disebut berbanding rakan-rakan yang dipanggil secara pukal tanpa agregatnya diumumkan. Itu pun BM aku terpeleot sedikit, jika tidak harus aku beragregat "single digit". Sudah tentu masih ada kaki-kaki yang memijak kepalaku. Namun aku reda kerana kaki-kaki itu memang sesuai dapat memijak dengan usaha masing-masing. Padan la aku kena pijak lagi dengan usaha tak setanding mereka.


Ideologi rasa kebencian jika berada di kedudukan bawah itu cuba disebarkan seluas-luasnya selagi kuasa membenarkan. Orang hanya ingat manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan. Persetan lah yang ke 2, ke 3 dan lain-lain. Jadi mendapat kedudukan yang awal itu merupakan satu benda yang perlu diperjuangkan habis-habisan kerana ia hak eksklusif. Namun jika perkumpolan masih banyak lompang, banyak lubang yang boleh diterobos segala unsur, mana mungkin Tenaga itu mara ke hadapan. Nak bertahan pun tak mampu apatah lagi untuk menyerang. Maka jadilah perkumpolan ini sekadar. Selesa benar dengan apa yang ada. Tidur selena-lenanya meskipun ditijak, diinjak, diludah dari luar dan dalam. 

Tuhan itu maha adil maha bijaksana. Dihantarnya tenaga pelapis yang mula menggeliat mencelikkan mata. Yang bakal menampung kekurangan Tenaga yang sepatutnya berada di hadapan. Maka teruskanlah lena jika mimpi  itu terlalu indah untuk dilepaskan. Biarlah kami terjaga sekalipun realiti itu pahit kerna sekurang-kurangnya kami berada di alam yang nyata. Rapatkan kembali barisan yang ada, sesungguhnya Tuhan beserta dengan golongan yang satu bukan mereka yang beribu.

This entry was posted on 2009/02/12 at Thursday, February 12, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 ppl left their mark

Rapatkan kembali barisan yang ada, sesungguhnya Tuhan beserta dengan golongan yang satu bukan mereka yang beribu.

=)

February 13, 2009 at 7:35 PM

beribu la best, bnyk sket

February 13, 2009 at 10:44 PM

Post a Comment