Sekarang ni bukan kat Gaza je perang, bukan kat Perak je kacau bilau. Di dunia maya ni pun sama. Masing-masing cuba untuk tidak kalah. Masing-masing menegakkan pendirian. Mana ada yang ingat diri sendiri salah, sebab tu tetap berkeras. Ego akhirnya membutakan mata, memekakkan telinga. Sampai lupa siapa yang sedang dikonfrontasi. Suka hati la.
Jap lagi CMK datang untuk mengambil bawak ke Jka. Setelah sampainya perabot baru semalam, masih belum sempat untuk 100% habis mengemas. Maka tersempang la lemari lama aku kat tengah jalan. Sori semua, tak sempat nak setel sebelum gerak ke ipt numero uno tatkala ini.
Malam ni ada program makan-makan perdana & esok pula sesi suai mesra pelempang & penumbuk asing. Maka diharap yang beserta membuka semua deria. Ambil apa jua yang elok untuk dijadikan pengajaran. Setakat kenyang & dapat pelempang sedas dua kat sini pun boleh. Sila sedar kedudukan kita dimana & berusaha sungguh-sungguh kerana tempat kita sepatutnya di atas.
Ok, tren dah nak jalan. Kita dah lama sangat berhenti rehat kat sini. Dah ada yang siap terlena pun. Siapa yang nak ikut sila naik sekarang. Siapa yang dok bising sebab kenapa tren tinggalkan kawan mereka kat stesen sebelum ni sila tinggal. Nanti tak harmoni lak suasana tren tengah jalan. Menyampah lak penumpang nanti. Kalo dok bising dalam tren bila masa kami nak sampai?
haha ingat nak offer gencatan senjata ke?...silap banyak la...kepada siapa-siapa yang menyertai majlis kesyukuran petang ni & shooting esok, x reti-reti nak bagi report?
This entry was posted
on 2009/02/14
at Saturday, February 14, 2009
and is filed under
SEX(self expression)
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.