Permohonan mengundang penendang  

Posted in

Baru tiba dari ibukota diambil oleh CMK lalu membawaku terus ke sebuah kedai makan yang agak eksklusif. Makanan ala barat ditawarkan dengan harga pun ikut matawang barat. Orang nak belanja layankan aje. Kang kufur nikmat lak. Mula-mula semangat nak habiskan salad tapi dengan kehadiran cebisan-cebisan lemon yang kuat betul masamnya membantutkan selera aku. 


Setibanya di rumah dengan izinNya bukan nak didahulukan dengan membasuh anggota badan dan sebagainya, kerinduan pada blog ini mengatasi segala-gala. Mungkin jua aku perlu mendapatkan telefon genggam berkeupayaan wifi seperti yg Benar(t) supaya rokok aku tidak cepat kehabisan apabila diselang seli dengan aktiviti belayar sambil minum-minum. Perkhidmatan wifi percuma dah jadi biasa ditawarkan di premis-premis perniagaan sekarang seolah-olah apabila tiada kita akan memarahi pelayan sebagaimana apabila tisu kehabisan.

Ketika sedang asyik melihat-lihat lagu mana yang sedang top untuk dimuat turun, sampai 1 sistem pesanan ringkas dari seseorang. Maksud kata adalah untuk meminta maaf di atas keterlanjuran masa lampau seterusnya ingin menyertai semula perkumpolan. Jika di lihat sekali imbas seolah-olah sudah insaf benar. Sudah sedar segala kesilapan mahupun kesalahan. Apa salahnya jika diberi peluang. Manusia kan acap berbuat khilaf. Kita bukan makhluk tuhan yang tiada nafsu. Aku pun manusia biasa yang ada tolak ansur walaupun lebih banyak ansur. Boleh jua jika dimaafkan manusia ini.
.
.
.
.
.
.
.

Ah, pergi mam***! Jenis manusia bermuka-muka memang aku pantang jumpa. Cukup sudah peluang dahulu yang pernah aku beri. Sampai sanggup mengenepikan ego. Ketiadaan dia lebih memeriahka suasana. Buat apa nak dilayan. Yang paling penting perkumpolan ini lebih berisiko tinggi jika masih diberi peluang. Maka faktor perkumpolan itu lagi agung dari segala yang ada. Perkumpolan ini bukan bangsat sangat untuk menerima kau semula. Cukup jelas kot mesej yang cuba disampaikan di sini?

This entry was posted on 2009/02/07 at Saturday, February 07, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

6 ppl left their mark

Anonymous  

Siapakah i2? ada apa2 tips utk lbh jelas ttg dy?

February 8, 2009 at 5:26 PM

ish, dah berbelas thn ke ko tgglkan kami?

February 8, 2009 at 5:54 PM

sampai masa ko tau la lan..

hua hua...



sms mintak maaf? arghtui. miahaha... dia ingat perkumpolan ini hotel? musium? nak masuk kuar suka hati, nak masuk balik just bayar tiket hage rm5?


~tak tau pun sape dak tu haha. tapi mcm "i can feel you bro!"

February 9, 2009 at 3:02 AM

ntahnya alan ni, sape lg yg menepati ciri2 tu kalo bukan...

aku rasa bukan dia anggap muzium bro, tandas awam...orait, i feel goooddd

February 9, 2009 at 4:50 AM
Anonymous  

"azazil" ker?

February 9, 2009 at 5:18 PM

tepat!

February 9, 2009 at 5:38 PM

Post a Comment