Kata-kata semangat
Gile sivik tajuk entri kali ni. Dah ketandusan idea gayanya. Sebenarnya nak berterima kasih pada korang yang selalu tinggal komen kat blog aku ni. Boleh dikatakan kerna korang la aku masih menaip di kibod berhabuk ni. Walaupun topik tu kadang-kadang lebih pada luahan aku semata. Walaupun takde kena mengena pun dengan korang. Nak memilih subjek untuk dikembangkan menjadi artikel memang sukar, belum usaha menulis lagi. Berapa banyak artikel yang masih belum layak untuk ditekan kotak jingga. Penyudahnya, sekedar kotak biru je. Sebabnya aku cuba untuk memanfaatkan masa korang agar membaca apa yang terbaik dari ladang sawit abahku sahaja. Kadang-kadang timbul rasa malas lebih-lebih lagi bila disemak setakat sen sahaja. Hadoiyaii bukan senang nak senang. Tapi apabila membaca komen-komen yang ditinggalkan semangat aku pulih kembali. Terima kasih tidak terhingga atas sambutan korang pada blog yang baru tahap IKS ni. Kerana korang la aku masih menggagahkan diri untuk berkarya. Aku akan cuba membalas dengan mengomen blog korang pula. Akhir kata, majulah blog untuk kepentingan diri.