*what the wahabi?*
Satu hari Sabtu yang panas dalam pukul 3.30 petang di Pekeliling.
Aku(yang dah lama tak naik bas berbayar) : Tiket pergi Jrt 5 setengah ada lagi ka?
Apek jaga kaunter : Ada, ada...belapa olang?
Aku : 1 orang [sambil menaikkan jari telunjuk kot-kot apek ada masalah pendengaran]
Pantas je bagi apek ni, tiket orang tolak kot. Setelah membelek tiket,
Aku : [dalam hati- mak aih, dah dekat dolpoh hengget sekarang]
Sama ada aku memang dah lama tak naik bas ataupun aku tak cakna isu semasa orang bawahan.
Aku : Apsal ini ada sur caj lagi? Bukan harga minyak sudah turun?
Apek jaga kaunter: Saya tak tau la, itu boss juga...
Aku : [dalam hati- ek eleh, entah-entah ko la boss]
Nak tak nak hulur juga not 50 sebagai medium pertukaran. Takkan la aku nak naik sistem transit aliran ringan untuk balik ke tanahair. Pilihanraya kecil takde lagi untuk kerajaan janji kosong laksanakan projek tu. Nak menapak mana sempat sampai Jka sebelum pukul 9 pagi keesokan harinya. Biar aku yang awal sampai sebab aku benci orang tunggu aku.
Alasan peniaga untuk mengekalkan harga pasca kenaikan harga bahan api ialah stok lama. Apa syarikat bas ni memang ada loji simpanan bahan api berkapasiti tinggi ke?
This entry was posted
on 2009/02/08
at Sunday, February 08, 2009
and is filed under
SEX(self expression)
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.