Akhirnya malam ini berlangsung jua pertemuan untuk membincangkan pelbagai perkara. Kadar kekerapan yang mencabar perlembagaan bak kata kekanda. Insya'Allah tahun depan akan kembali seperti sedia kala. Harap semua pendukung bersedia menyemarakkan kembali api perjuangan yang semasa seumpama api lilin yang dipuput angin malam. Sekadar menyala melintuk liuk mengikut angin tidak cukup. Perlu api yang mampu untuk membakar. Perlu jiwa yang kental untuk dibakar. Jiwa yang merdeka. Jiwa yang hujungnya diterima sebagai hamba-Nya.
Dapat 2 set bermandi peluh malam ini. Partner pun leh tahan lencun. Memang sampai ke titisan peluh yang terakhir. Orang lain nama je cuti tapi prestasi kehadiran kelas sampai 200%. Aku memang cuti sungguh. Bagus juga bila ada yang membuka mata. Berbaloi sejam perjalanan. Dalam kepala dok berfikir macam-macam. Kerja walimahnya, perancangan membuka kelas barunya, penstrukturan semula TP & JKnya, materialnya lagi & lagi (tunggu mati baru leh berhenti beb!). Ala tu baru sikit,orang lain lagi banyak (ayat cliche pujuk diri). Moga dapat teruskan banyak tugasan yang tertunggak sejak diuji. Semoga ramai lagi yang faham. Penat rasanya bila berteriak & bertempik berkali-kali tapi tiada yang sudi mendengar.
Berkorban itu memberi sesuatu yang kita sayang.
Bagi pakaian terpakai pada mangsa tsunami bukan korban.
Turun kelas di waktu memang terluang bukan berkorban.
Takat demam selsema 2,3 hari bukan berkorban.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H(x lama lagi dah nak 1430)
Alhamdu Lillah dah selesai pun semalam. Semoga semua peserta selamat sampai ke destinasi masing-masing. Liputan dari Cik Fansurina dah pun keluar dalam Sinar Harian edisi Pahang hari ini. Kepada yang berada di luar Pahang, ini saja yang dapat aku sumbangkan. Gambar "warga tua menternak kambing" yang dimasukkan, bukan yang kita bergambar ramai-ramai dengan banner di tempat Gula Kabung. Macam biasa, sila klik gambar untuk saiz super gedabak.
p/s: sekarang tak perlu lagi beritahu yang itu adalah aku haha...
Sebagai satu act of defence kita cenderung untuk mempertahankan diri sendiri & mereka yang rapat dengan diri kita. Memang ini tak salah tetapi jika dilakukan secara membuta tuli akan mengkibatkan kesan yang tak tercapai dek akal tak matang kamu itu. Jangan fikir apa yang digesa itu saja-saja. Pendek benar akal. Jumud benar fikiran. Kata bodoh marah. Suka apa yang terjadi sekarang? Suka ditinggal seorang? Backup lah lagi sampai puas. Sampai kamu ketemu kebenaran yang boleh kamu percaya & terima. Mungkin disini hanya sesuatu yang tidak tahu apa-apa.
Hari-hari terakhir sebelum ke ibu kota. Dalam jadual ada 3 lagi pertemuan. Kali terakhir masih belum cukup korum. Masih belum serius dalam persediaan. Lebih kelihatan seperti persediaan untuk menghadiri ujibakat Raja Lawak lagaknya. Entah apa yang sangat menggelikan sehingga ada sahaja bahan untuk digelakkan. Jika niat turun untuk meredakan tekanan dari final mungkin juga. Pesan Guru apa yang dizahirkan dalam persediaan itulah yang keluar. Tiada langsung sensiviti terhadap mereka yang benar-benar serius. Tidak pernah terfikir apa yang orang lain fikirkan. Seronok tak henti-henti. Ada masa kena serius ada masa boleh bergurau senda. Nampaknya senantiasa nak bergurau senda tak kira masa, tak kira tempat. Mungkin juga mereka teringin digelakkan oleh mereka di luar petak. Masalahnya mereka tak tahu siapa anda, mereka hanya tahu anda dari mana. Dan aku tak rela asal mana dicemari oleh ketidak matangan kamu semua. Aku rela bermandi darah dari nama itu tercemar.
Sudah beberapa hari keputusan-garisan. Jangan le ada survey-survey yang bernilai ketika ini. Baru sahaja selesai post-mortem untuk semester semasa. Ketidakhadiran seorang & ketidaklengkapan persalinan mencacatkan proses pemulihan semula. Maaf pada mereka yang dah lama aku tak tinggalkan jejak diblog. Bukan kalian dilupakan. Sesungguhnya NFS Underground sahaja menjadi penawar duka setelah Serious Sam2 membikin kepala pusing. Hingga ketemu lagi semua di alam maya.
p/s: wah, gmail pun dah ada video chat
Tekak mula sakit sewaktu berada di Agoh Chalet lagi. Hacks hitam 5 posen belian di jeti kejap je habis. Pagi tadi topup lagi singgit sambil membeli Sinar untuk kekanda & adinda yang jauh di mata. Petang ini pening-pening mula terasa. Project paper belum lagi dimula. Mau dibombard lagi nanti. Malam esok gerak awal ke Jengka. Bermula 8.30 sebagaimana dipinta. Korang yang tetapkan, jadi harus berani berpegang pada janji. Awal pagi lusa pula ke kampung. Lagi 1 jam sampai bakal singgah untuk usha pape yang patut. Adat mana leh tinggal (selagi ada manfaat & tak bertentang). Mohon padanya moga berjalan lancar segala. Mohon undur diri seketika agar pulih sediakala. Kerna harus diselesaikan banyak benda.
Its funny how watching football game can make someone end their life. Thats what I'd thought watching last game. After kekanda had cancelled the night slot,I was pheww! my plan of watching it at 11pm is right on track. Alone sitting on the bed with marlboro at my side this is more than I wish for. Finishing the 1st half with 3-1 score. Ok, maybe this is not their day. Second half started. Vidic scored after a year. At 4-1 who on earth would bet on them. It's suicide! But their team & away fans got better idea. After Vidic couldn't saved that looping ball & penalty by Geo, Spurs magnificient comeback at Emirates was lingering in my mind. S**t! Please, no ASSenal repeat tonight. Thanks God that feat not happened that night. Please don't do that again. I don't want to die with my marlboro still lit on.
Almost an hour from now I'll off to Qtan for two days. Working for the 1st time as moderator for a team building program. The agency is one of the most important in our country as maritim. Hope I'll gather experience as much as possible from one of the best trainer. He is not only a trainer but train the trainer too. What a golden opportunity I would have. May all going to be fine. Amin.
p/s:Kep,ko tlg jaga blog aku nih...kalo ada awek datang ko layan le elok2
Good luck menjadi kata-kata yang lazim diucap ketika hujung-hujung sem ni. Dugaan yang pasti kena ditempuhi sebagai penanda aras pencapaian. Boleh aje belajar tanpa diuji *heaven* tapi macam mana kita nak tau setakat mana yang kita dah usaha sekian semester. Nanti korang perasan bagus lak, macam dah tahu segala.
By working with specialist vision scientists, Nike has been able to identify the exact colours that are most visible to the human eye. The colours used on the ball – hi-vis yellow and floodlight purple – give standout colour by providing extreme contrast to the viewing background which helps players locate and track the ball.
You think so?
1) Sad
Termanggu di bibir peraduan sedar dari lena. Antara nyata & mimpi terukir satu nama. Otakku belum cukup akal untuk memahami kenapa. Mungkin jua belum sampai ketika. Intonasi tersusun seindah bunga. Ampun intan ampun permata, teruslah bersinar cahayamata. Mungkin jua sayang, kau lah yang pertama. Ikut jenis seperti ibunya.
Final dah dekat lagi mahu balik padahal raya dulu pun baru habis.
Pukul 4.35am bukanlah masa yang sesuai untuk menulis entri kecuali ianya bulan yang diperlukan untuk bersahur. Nak menaip pun kena mnegaj mengeja satu-satu huruf. Cucuh sebat intense yang kotaknya simpan dalam vest kot-kot leh lagi fokus & membuak idea. Saja tak letak atas meja nanti laju je nak ke 7e.
Malique feat. M.Nasir - Mantera Beradu Masih belum sempurna.. ramai saudaraku yang baik telah dipijak akhirnya sempurna…. jon says... sejam lagi nak gerak ke Kuantan untuk majlis malam ni...tengok blog dah lama tak bertambah isinya...pening juga memikir...aku dapt idea untuk menambah satu isi yang agak berat...sifu did it again!...koloborasi yang tak disangka-sangka melahirkan 1 lagi mahakarya yang bisa membikin otak kita ligat berfikir...tentunya bukan lirik leleh lagi straight forward...perlu direnung, direnung baru di fahami(walau tidak sepenuhnya)...pelbagai interpretasi terpulang pada diri...pada aku banyak part yang menarik & tertarik...juga yang kene mengena dengan diri kudus ini...intro je dah meremang dengan seruan untuk mengenal diri agar kenal Dia...aku mengajak kita untuk kita sama-sama merenung bait demi bait serta serapkan 'rasa' yang cuba disampaikan oleh beliau...sila beritahu apa yang anda nampak...
Seharian berfikir untuk entri yang seterusnya. Malas nak copy paste je dari mana-mana sumber maya. Aku kan blogger sejati lagi kental, yang hanya melahirkan entri-entri bermutu tinggi (uhuk2). Sebelum butang 4 segi berwarna jingga tertulis "PUBLISH POST" ditekan, selalu dipastikan apa yang tertulis di atasnya menepati standard penulisan bertaraf ISO 9000. Sungguhpun bukan senang untuk digarap tetapi semoga dengan standard yang tinggi ini akan dapat melahirkan penulisan yang bertaraf antarabangsa. Apabila sudah bertaraf setinggi itu maka apa-apa juga yang dibuat akan mula dipandang oleh khalayak, mungkin juga oleh MB KM Melaka. Oleh yang demikian:
"It's time for me to coming home, right where I belong.
After 4 days away from my pc that felt so long"
p/s: Ta, u really need to upgrade your pc RAM ;p
Mengikut laporan Bernama, murtad ini dianugerahkan gelaran Datuk atas jasa-jasanya mempromosi Melaka menerusi satu filemnya "One Two Ka Four" beberapa tahun dahulu. Laporan penuh disini.
Alhamdu Lillah kebetulan dengan posting ke-81 di blog ini aku membuat satu topik didedikasikan khas buat adindaku-Mohd Irfain. Hari lahir beliau memang jatuh pada hari ini pada tahun '81. Jadi tuan-tuan, puan-puan, sa udara & saudari sekalian, maka tepat pada pkl 11.15 pagi tadi maka secara rasminya;
1) Mohd Irfain(Angah) & Dr. Nurhanani sah bergelar suami isteri.
2) Ibu & Ayah aku menerima menantu pertama.
3) Keluarga Kassim juga turut menerima menantu wanita pertama.
4) Aku dapat seorang adik ipar.
5) Angah sekali lagi "menang"(kami kan sentiasa bersaing)
Syukur ke hadrat Ilahi majlis ijab kabul tadi berjalan lancar. Bermula di PAID Lipis dengan upacara akad nikah (baca nikah orang sini panggil) kemudian sedikit jamuan di rumah pengantin perempuan. Tuan kadi pun sempoi. Mudah kira. Lafaz ijab & kabul pun cukup senang. Aku tau ada tempat yang siap bermacam syarat contohnya kena sebut nama penuh pengantin perempuan la dsb. Angah dinikahkan oleh bapa mertuanya sendiri. Selamat dah engko ek. Tunggu aku je la. Harap-harap plan Mak Abah nak buat kenduri kita sekali pada bulan Disember ni berjalan lancar. Semoga bakal mertua aku pun sama sempoi macam mertua ko.
Maka dengan ini diisytiharkan kedua mereka ini sah bergelar suami isteri. Semoga dengan penyatuan 2 hati ini akan dapat memberi kebahagiaan selamanya. Amin...
Oklah, Mak aku dah panggil. Nak gi Kuantan lak jap lagi. Ada majlis solat hajat sempena PMR di sekolah adik bongsu kami, Ijat. Ok guys, harap maklum ek.
Sejak bila pulak korang tukar course BM? Ataupun sejak bila course lain boleh join dinner BM? Kehilangan yang masih belum terungkai.
Malam tadi kami menjalankan ibadah baraan ke rumah Pak Tam di Temerloh & Li di Jengka 19. Kekangan masa mengakibatkan ibadah ini terpaksa dilakukan pada waktu malam. Sehingga habis Syawal insya'Allah hujung minggu sentiasa penuh sampaikan ada program yang bertindih. Mana-mana program yang kos lepas tu harap sangat difahami & dimaafkan.
Sewaktu di rumah Li, kami mengambil keputusan untuk berbekam. Sudah lama berhajat untuk berbekam ni. Malas dah nak taip lagi, korang tengok penerangan bergambar je la ek.
*punya la berat smpi melendut - kaki CMK*
*wound left-Y shape*
*ni yg kat kaki CMK td*
*ntah brp ltr darah CMK dlm ni*
*keep on flowing*
Tahniah buat sa udara Pak Red di atas kelahiran anak-anak sulung beliau di Hospital Kuala Terengganu semalam. Double beb, sepasang lak tuh! Semoga kelahiran cahaya mata ini membawa berjuta sinar kebahagiaan. Aku tumpang gembira berita bahagia sahabat-sahabat.
p/s: siapa-siapa tahu petua nak dapat double macam Pak Red ni tlg bgtau ek.
Petang itu di hari ulang tahun ku. Menerima 1 pesanan ringkas dari seseorang. Hasrat dinyatakan untuk berhenti dari berkhidmat. Dinyatakan dia tahu aku tidak suka padanya. Sebagaimana kata-kata sa udara Yuz, dia ni kalau tak suka kat orang memang nampak sangat. Well said. Kemahiran untuk pura-pura suka belum dapat. Maka apa yang lahir di zahir adalah dari hati yang mati.
Tarikh ini 29 tahun yang lepas. Tanah tumpahnya darahku di Trong Perak. Merupakan putera sulung kepada pasangan MelaWa(melayu+jawa). Juga cucu lelaki pertama kepada Allahyarham Kassim. Hampir-hampir dinamakan Fairuz entah mengapa diubah kepada jon jonson nama sekarang. Mungkin agaknya nama itu tak seunik nama sekarang.
Beg belum kemas, lepas solat sunat raya dah nak gerak ke KL. Aku kalo bab-bab packing beg ni memang yang amat rajin. Nanti dulu la, bagi lelap jap pastu kemas le pape yang patut. Kemahiran mengemas aku ni boleh dikatakan sudah agak tumpul sekarang. Dulu-dulu bermula dari tingkatan 1 sampai le bertingkat-tingkat belajar memang puas packing & unpacking beg ni. Memang dah stail keluarga aku, semua anak-anak digalakkan untuk tinggal di asrama. Bagi kental sikit jiwa ni, takde la cengengeng sangat. Banyak survival skill yang berjaya aku dapat sepanjang hidup berjauhan dari keluarga ni. Timbul juga keinginan untuk menghasilkan buku berkenaan topik ini sebagai panduan. Nanti la aku selit sikit-sikit dalam blog.
Sempena Raya kali ini aku mengambil kesempatan untuk memohon
Keluk di atas adalah teori aku mengenai hubung-kait antara peringkat manusia dan kadar kegembiraan/kepuasan menyambut raya. Paksi X mewakili tahap kepuasan manusia manakala paksi Y mewakili peringkat umur manusia. Thanks to Cikgu Ibrahim B (4&5 Ibnu Hazim) & Cikgu Osman (matrix 1.03) aku masih mampu mengingati keluk yang pada ketika itu kami semua rebel untuk memahaminya atas alasan bila masa la nak diaplikasi keluk-keluk ni. Sikit-sikit "Ceteris Paribus", paksi x & y, cembung & cengkung dsb.
Merujuk kepada rajah di atas, terdapat 2 kali(titik A & B) di mana kepuasan mencapai tahap maksimum iaitu sewaktu y1 dan y3. Y1 mewakili tahap umur kanak-kanak dan y3 mewakili tahap dimana seseorang itu mula berkeluarga dan dikurniai anak.
Kalo tanya memasing mesti kata zaman kanak-kanak paling best. Sebabnya? Keseronokan di tahap optimum & tekanan di tahap paling minimum. Nak pe mintak je, kalo agak tak jalan buat-buat merengek sikit lama-lama dapat juga. Cuba buat style tu time beso ni, mau tak kena sesiku dua kat rusuk.
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, aku berada di y2 dimana tiada langsung feel nak beraya aka mood raya peringkat terendah. Cukup sekadar memenuhi tuntutan agama (tu pun x semua macam biasa). Makin teruk apabila aku rasa 1 Syawal hanyalah sekadar permulaan hari pertama aku boleh makan semula di siang hari. Waktu kebanyakannya dipenuhi dengan aktiviti melayan rancangan-rancangan tv khas sempena raya. Nasib baik ada idiot box tu jadi tempat menumpang kaseh. Time ni kalo ada budak-budak datang mintak sedekah beraya ke rumah memang malang, memang aku tak bukak pintu. Ala diorang datang pon tak ikhlas, jadi aku menolong mereka dari lebih berdosa di hari mulia.
Titik B tu hanya sekadar teori & harapan aku. Masa tu mungkin la dapat seronok balik sebab menumpang kegembiraan anak-anak. Talking about beraya in new environment, new vibe, new aura. I'm happy if I can make others happy especially my offspring, my cute lil' child, my luvly mmuahhh2. Nak cerita lebih-lebih pun seriau sebab dalam mode menipu sekarang, nanti aku dah "sampai" aku akan "menyampai" ok guys.
Pada korang yang masih lagi feel the true spirit of raya aku ucap tahniah. Jangan lupa kecapi saat-saat manis ini dengan semaksimas mungkin. Hargai selagi ada. Manusia memang begitu, dah hilang baru hargai dengan rasa kehilangan. Posting khas raya nanti dululah, awal lagi beb!
p/s: core posting ini dicilok kembali dari blog FS aku 2 tahun yang lepas.
The base is getting rotten by day. No one care, no one listen. It is time. Hopefully success will prevail.
Berikutan posting luahan jiwa berkaitan nasib tulisan jawi yang semakin dilupakan di alam maya ini, disini aku ingin berkongsi 1 alat yang berjaya mengakibatkan posting tersebut. Alat yang begitu berharga ini dihasilkan oleh beliau. Marilah sama-sama kita kembali ke asal-usul kita bersempena dengan seruan Hari Raya tahun ini yang mengajak kita kembali pada fitrah kita yang sebenar. Berbanggalah dengan identiti asal kita sendiri sebagaimana bangsa-bangsa maju yang lain. Tidak pernah dalam sejarah ketamadunan meriwayatkan bangsa-bangsa yang terbilang mengamalkan budaya pinjaman. Kerana budaya itulah sendiri yang membentuk bangsa. Setinggi-tinggi penghargaan pada insan ini.
I'm in the middle of creating something that myself never thinking of. Starting on a good note this morning I became weaker. Need to rest a bit, read a lot & taking notes of United updates. As time goes by it's already 4pm. Got to prepare fast. Driving 2 cars & taking longer route back tomorrow from Gombak is not in the plan at all. That's the way it should goes, let it goes. Hope they will understand the way it should be done. Sacrifice is letting go something that you loved, not the one you wanted to get rid off.
PENAFIAN
penegasan fakta
Makanan Jiwa
كات-كاتمو
ڤندڠله اكو.. اكو له دي
I serve Myself
Blog Archive
-
▼
2008
(98)
-
►
October
(24)
- Jon wish list
- I'm going to national service
- Dia yang kata,aku tak kata apa-apa
- Selamat menempuh dugaan dunia
- Colours that most visible to human eye
- Sad-Happy-Sad
- Happy Birthday Wayne Rooney
- Imannisa'
- Ek eleh
- Ikatan ini masih longgar
- On pitch code
- Mari meng(k)aji
- Melaka best!
- I'm coming home
- Datuk Shah Rukh Khan
- Pemasyhuran Irfain & Hanani
- Makanan Jiwa
- Pelik bin ajaib
- Bekam Lintah (18sg)
- Pak Red Juniors (x2)
- The best birthday gift ever had
- 29 tahun yang lepas
- Tentatif Raya Jon
- My baju raya is blue
-
►
October
(24)
Sort by labels
- akademi nasyid
- auto
- candu
- cartoon i like
- cerita
- cerita dulu-dulu
- donlod
- ET
- gadjet
- gambar
- game
- good article
- jokes
- kata-kata
- kawin
- kiasan
- kontroversi
- kursus
- lagu
- legend
- lovin' it
- merepek
- missing person
- revival
- SEX(self expression)
- shorties
- special announcement
- surat terbuka
- tech
- ucapan
- united
- video yang aku suka
- xpdc
- xtvt